Bila kita duduk melepak sorang diri, mesti kita selalu tengok langit.. tengok pokok-pokok. Terdetik dalam hati masa tu akan rasa kagum dengan ciptaan Allah SWT yang serba sempurna dan indah. Sesungguhnya ciptaan Allah SWT itu sangat sempurna dan manusia adalah sebaik-baik kejadian. Kita sebenarnya dapat belajar banyak daripada alam sekeliling kita dengan merenung serta memikirkan kejadian kat muka bumi ni. Segalanya Allah ciptakan ada tujuan dan tak sia-sia. Alam ni boleh kita katakan sebagai sebaik-baik guru buat manusia. Alam ni dapat memberi kita iktibar dan kita kenalah selalu memikirkan tentang kejadiannya. Buka pintu hati serta selalu berfikir mengenainya dan secara tak langsung hati kita akan semakin dekat dengan Allah SWT. InsyaAllah.. akal akan ligat berfikir mengenai alam dan hati akan giat berzikir mengingati kebesaran Allah SWT. Apa yang penting adalah bukan soal apa yang kita lihat, tetapi bagaimana kita melihatnya. Apa yang perlu adalah bagaimana kita menterjemahkan alam ini dan bukan sekadar melihat kosong tanpa mengambil iktibar daripadanya...
Sabtu, 25 Jun 2011
Lihat laku sang semut...

Semut.. sejenis makhluk dalam kategori serangga yang cukup dekat dengan kehidupan manusia. Tiap-tiap hari mesti kita jumpa semut tengah merayap. Ada yang merayap sekor-sekor dia je.. ada yang merayap beramai-ramai. Semut-semut ni beratur dalam barisan mencari sumber makanan. Bila dah jumpa makanan dibawanya balik makanan tu ke sarang untuk dikongsi-kongsikan. Tersangat lah gigih semut-semut ni mencari makanan demi survival koloni mereka. Sebenarnya banyak yang kita boleh belajar daripada tingkah laku semut. Kadang-kadang kita terlepas pandang pengajaran positif yang kita boleh ambil daripada semut. Mungkin bukan sebab kita ni jarang memerhatikan tapi agaknya kerana sering diganggu dek perasaan geram bila melihat semut-semut ni menghurung makanan kita di dapur, apa yang tersirat tu tak dapat kita lihat.
Secara mudahnya.. kita dapat lihat semut ni rajin.. kuat.. dan mereka ni suka tolong-menolong sesama sendiri. Semua sifat ni positif dan kita boleh amalkan dalam kehidupan kita. Tapi ada satu lagi ciri pada semut yang ada digambarkan dalam kisah nabi dahulu yang semoleknya kita terapkan dalam kehidupan kita. Teringat satu kisah tentang Nabi Sulaiman A.S yang pernah berbicara dengan seekor semut. Lebih kurang camnilah ceritanya...
Nabi Sulaiman A.S tanya pada seekor semut berapa banyakkah makanan yang si semut tu perlukan untuk hidup dalam setahun. Semut tu kata cukuplah hanya sebiji gandum. Nabi Sulaiman pun letak semut tu dalam botol sekali ngan sebiji gandum. Nabi Sulaiman tutup botol tu selama setahun dan biar je semut tu kat dalam.
Cukup je setahun, Nabi Sulaiman pun buka botol tu dan terkejut bila hanya separuh daripada sebiji gandum tu yang habis dimakan oleh si semut. Nabi Sulaiman pun tanya lah kenapa sebab dulu si semut tu bagitau yang dia perlukan sebiji gandum sebagai bekalan hidup setahun.
Sang semut pun kata.. kalau di luar botol, rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah SWT. Dia yakin bahawa Allah akan mencukupkan rezekinya dan dia tak perlu risau apa-apa. Tapi bila dikurung oleh manusia, dia kena berhati-hati dan berjimat cermat dengan rezeki yang ada sebab dia tak yakin dengan jaminan manusia. Mana lah tahu kalau-kalau manusia yang mengurungnya terlupa sehingga lebih tempoh setahun dan sebiji gandum tu dah kehabisan. Terkejut Nabi Sulaiman lantas beristigfar kepada Allah.
Iktibar yang kita boleh ambil daripada kisah ni adalah tentang sifat tawakal dan ikhtiar si semut tu. Inilah sifat yang perlu ada dalam diri kita sebagai manusia. Dalam soal rezeki umpamanya, jangan sekali-kali kita bergantung sesama makhluk tetapi bergantunglah pada Allah SWT. Perbanyakkan tawakal kepada Allah dan seboleh-bolehnya ikhtiar menurut kemampuan serta keupayaan sendiri.
Sekarang ni pun kita sedang dilanda krisis ekonomi.. harga barang naik.. harga minyak naik dan sebagainya. Dalam tv.. dalam suratkhabar.. rakyat digalakkan berjimat cermat waktu ekonomi meleset. Padahal sepatutnya kita kena berjimat cermat tak kira situasi bukan hanya waktu kemelesetan ekonomi atau ketika harga minyak naik sahaja. Seboleh-bolehnya jangan membazir tak kira lah waktu tu ekonomi stabil atau tak. Yakin lah Allah itu maha pemberi rezeki dan ujian-ujian hidup ketika kemelesetan ekonomi ni semua setidak-tidaknya meningkatkan kebijaksanaan kita dalam menyelesaikan masalah.
Lihat lah laku sang semut dan belajarlah sifat tawakal dan ikhtiar daripada makhluk Allah yang kecil ini...
Belajar daripada kesilapan dan berubahlah
'Sebolehnya janganlah kita jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali. Mungkin kali pertama jatuh itu disebabkan kejahilan kita.. maka belajarlah daripada kesilapan itu. Namun, jika kita masih jatuh di lubang yang sama.. itu tandanya kita masih degil dan tak mahu berubah'
Ya.. tak dinafikan kita sering kali diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan dalam hidup kita. Jatuh bangun adalah lumrah dalam kehidupan. Kegagalan itu hakikatnya adalah satu bentuk ujian dan pada masa yang sama kegagalan itu juga adalah didikan buat kita. Dalam apa jua situasi dan masa, kita sebenarnya sedang belajar dan dididik. Maka belajarlah daripada kegagalan kita dan cuba untuk berubah. Hidup ini sememangnya menuntut perubahan. Sentiasalah kita ingat bahawa belajar daripada kegagalan dan kesilapan itu adalah bertujuan untuk mengubah diri kita menjadi yang lebih baik.
Kita akan kalah kalau kita tak berubah dan biarlah perubahan itu mengikut haluan dan kawalan kita sendiri. Hidup umpama berlayar di lautan. Kita mungkin tak mampu mengubah arah tiupan angin tapi kita mampu mengubah layar kapal kita. Kita tak mampu melawan takdir tapi kita mampu mentadbir dengan keizinan-Nya.
Malangnya ramai yang tak mahu berubah menjadi yang lebih baik. Kita masih lagi leka dan degil. Kita tidak cuba berubah kerana takut dengan kegagalan dan khuatir dengan ujian hidup. Kita masih ingin terus berada di zon selesa. Lumrah kehidupan pasti ada dugaan dan cabaran. Dengan dugaan dan cabaran inilah kita dituntut untuk berubah. Bagaimana nak berubah dan berjaya dalam hidup kalau kita tak belajar daripada kegagalan? Ujian hidup lah yang akan mematangkan dan mengubah diri menjadi yang lebih baik.
Apa yang menghalang kita untuk berubah? Kita seringkali inginkan orang lain, keadaan, atau perkara di sekeliling kita terlebih dahulu berubah dan bukan kita sendiri. Semuanya mengharapkan apa yang di luar kawalan kita berubah dahulu. Hakikatnya, kita yang harus berubah dahulu, barulah yang persekitaran atau orang lain di sekeliling kita ikut berubah. Mereka berubah disebabkan kita yang berubah dahulu.
'Aku boleh menjadi anak yang baik kalau ibubapaku mendidik aku dengan baik... aku boleh jadi murid yang baik kalau aku mempunyai guru yang bagus dan mengajarku dengan baik'... Ini lah silap kita. Mahukan yang baik-baik di sekeliling kita tapi kita tak mahu berusaha berubah ke arah itu. Ibubapa atau guru akan melayan dan mendidik kita dengan baik jikalau kita terlebih dahulu berusaha menjadi anak atau murid yang baik. Contoh yang mudah untuk kita renung-renungkan.
Selalu kita beringat, setiap dugaan itu bahkan segala kenikmatan dan kesenangan yang kita perolehi adalah satu bentuk didikan yang menuntut kita untuk berubah. Untuk itu, sentiasalah bersiap dan bersedia untuk berubah menjadi yang lebih baik pada setiap masa. Didiklah jiwa kita secara berterusan dan InsyaAllah kebaikan pasti akan datang secara berterusan.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan semoga hari esok akan lebih baik dari hari ini... mudah-mudahan

Hidup ini umpama sebatang pensel

Kita diciptakan Allah SWT dengan tujuan untuk mentadbir bumi dan beribadah kepadanya serta berbakti kepada sesama manusia. Kita adalah sebaik-baik kejadian dan setiap daripada kita mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Tiada manusia yang dilahirkan ke dunia ini bodoh. Setiap daripada kita mempunyai kemahiran serta kepandaian yang tersendiri. Janganlah mudah putus asa dengan kelemahan diri. Jadikan lah segala kekurangan sebagai pemangkin untuk memperbaiki segala kelemahan. Dugaan dan cabaran sentiasa datang silih berganti. Hadapi segalanya dengan minda yang positif dan selalulah lihat sisi positif yang ada pada diri sendiri. InsyaAllah.. kita akan mampu berjaya dan memenuhi fitrah serta tujuan kita diciptakan.
Lihatlah pada sebatang pensel.. Ambillah iktibar daripadanya. Pensel diciptakan untuk menulis dan ia hanya akan menulis seandainya ia membiarkan dirinya dipegang oleh tangan seorang manusia. Baik atau buruk kandungan tulisan itu bergantung kepada si penulisnya. Begitulah juga dengan kehidupan kita, kita akan mampu berjaya dalam kehidupan ini seandainya kita dibimbing oleh orang-orang yang positif. Lebih bagus dan pasti lebih berjaya jika kita sentiasa berpegang teguh pada ajaran Islam dan mendapat petunjuk daripada Allah SWT. Namun, jika kita membiarkan diri kita hanyut tanpa bimbingan, bergaul dengan mereka yang salah serta mengikut telunjuk syaitan.. pasti kita akan rugi dan gagal.
Jikalau sebatang pensel itu perlu diasah berulang kali agar sentiasa tajam untuk terus menulis. Masakan pensel itu dapat menulis dengan sempurna jika ia sentiasa berkeadaan tumpul. Begitulah jua dengan kita. Dalam menjalani hidup ini, pasti banyak cabaran dan masalah yang perlu kita hadapi. Semuanya itu semata-mata untuk mendewasakan dan mematangkan kita demi menjadi seorang insan yang tabah, yang tak pernah kenal erti putus asa. Dugaan hidup perlu agar kita dapat membina kekuatan diri untuk berjaya dalam kehidupan.
Jika dilihat, kebiasaanya sebatang pensel itu terdapat padanya sebutir pemadam di pangkal yang membolehkannya memadam kesilapan ketika menulis. Begitu juga dengan kita, kita mampu memperbaiki segala kesilapan atau kesalahan yang kita lakukan. Andai tersilap langkah, dengan bimbingan, kita mampu memperbetulkannya. Dan cubalah untuk tidak mengulangi kesalahan itu. Kita bukanlah insan yang seratus peratus sempurna. Kita pasti akan melakukan kesilapan. Apa yang penting, kesilapan itu harus diperbaiki. Segala kesalahan akan mematangkan kita. Kegagalan adalah pengalaman yang berharga sebelum kita mencapai kejayaan. Kejayaan itu adalah kegagalan yang diputarbalikkan. Namun, jangan biarkan diri sentiasa dalam kegagalan. Sentiasalah berkeinginan untuk mengubah diri menjadi yang lebih baik. Usah jatuh ke lubang yang sama dua kali.
Bagi sebatang pensel, isi dalamnya lah yang membolehkan ianya berfungsi menulis. Tanpa rod karbon yang terdapat di dalamnya, pasti pensel tidak akan mampu menulis. Samalah seperti kita, faktor dalaman yakni hati dan rohani yang kukuh pasti dapat mendorong kita menjadi insan yang sentiasa bermotivasi serta selalu berusaha untuk berjaya. Minda positif yang tersemat dalam pemikiran beserta kekuatan jiwa yang ampuh pasti akan menggerakkan fizikal kita untuk beribadah dan bekerja bersungguh-sungguh. InsyaAllah, kita pasti akan berjaya.
Tidak kira pada apapun permukaan atau jenis kertasnya, pensel akan tetap meninggalkan kesan atau bekas tulisan dan pensel itu akan terus digunakan untuk menulis. Begitulah juga dengan kita, pada apa jua situasi, teruslah berbakti dan meninggalkan kesan serta manfaat yang positif untuk orang-orang di sekeliling kita. Janganlah sekali-kali meninggalkan kesan yang buruk dan mengundang benci orang pada kita. Jangan kita menyakiti hati mereka di sekeliling kita. Tunjukkan lah sikap yang positif agar orang menghargai kita.
Bersyukurlah dan hargailah kekuatan diri sendiri agar kita dapat terus berbakti. Itulah tujuan hidup ini. Berilmu untuk berjasa dan hidup untuk berbakti kepada sesama manusia. Jadikan iman, akhlak dan syariat sebagai tunjang kehidupan. Hargailah diri sendiri agar orang menghargai diri kita.. kita ini istimewa dan sentiasalah berusaha untuk memenuhi tujuan mengapa kita ini diciptakan.
Khamis, 9 Jun 2011
Tips Mengamankan Anak dari Bahaya Internet
Ranah internet tidak sepenuhnya aman, apalagi jika pengguna tidak memiliki tameng untuk melindungi dirinya dari risiko yang menghadang. Pengamanan diri dari bahaya internet sebaiknya dilakukan, apalagi jika berkaitan dengan jaringan yang dipakai publik.
Di lingkungan sekolah apalagi, murid-murid yang memakai jaringan internet sekolah harus dijauhkan dari segala bentuk ancaman mulai dari soal privasi dan file sharing, kebebasan berpendapat di internet, konten yang tidak pantas, sampai ke permasalahan virus dan keamanan jaringan sekolah. Berikut sejumlah tips yang bisa dilakukan para admin atau guru agar anak didik dan jaringan sekolahnya aman:
1. Memasang Firewall
Admin di sekolah sebaiknya menginstal software firewall yang mampumemonitor informasi baik yang menuju maupun yang keluar dari server sekolah, sebagai langkah pengamanan jaringan. Firewall ini akan mampu mencegah informasi tertentu (baik file ataupun program) berseliweran keluar ataupun masuk jaringan sekolah. Dengan adanya firewall, guru maupun pelajar tidak dimungkinkan untuk men-downloadsoftware gratisan, mengunggah/mengirim informasi tertentu atau membuka attachment email. Aksi men-download dan membuka fileattachment bisa menjadi jalan bagi virus untuk merusak sistem komputer dan membuka celah bagi hacker untuk mengakses informasi milik sekolah.
2. Memasang Software Filtering
Langkah selanjutnya adalah memasang software filtering untuk mencegah pelajar mengakses informasi atau situs-situs yang tidak pantas. Filter ini bekerja berdasarkan kata kunci (keyword) atau frase tertentu yang diketikkan. Jika dirasa kata kunci yang diketikkan mengandung kata-kata ‘dewasa’ seperti seks atau payudara, makauser tidak akan menemukan hasil pencarian yang dituju. Meski begitu filter ini tidak bisa sukses 100% karena kini pemilik situs makin lihai menyiasati pemblokiran akses dengan cara menciptakan URL yang tidak mencurigakan, namun dalam kenyataan menyesatkan. Terkadang, beberapa filter ada yang mencegah user menggunakan layanan chatting dan blog karena alasan konten yang tidak pantas dan risiko keamanan. Pemasangan filter tetap menjadi langkah yangdihimbau untuk dilakukan demi keamanan para pelajar.
3. Membatasi Upload Konten
Keamanan internet bukan hanya berbicara tentang apa yang kita akses, namun juga tentang apa yang kita posting di internet. Sejumlah sekolah memiliki kebijakan pelarangan pemakaian foto para pelajar di situs mereka. Yang lain boleh memakai foto, namun dengan syarat tidak mencantumkan nama. Sedang sekolah lain ada yang membolehkan foto, namun dengan nama depan saja.
4. Jadi Panutan
Beberapa tips di atas adalah aksi yang penting dilakukan untuk mengamankan pelajar dan sekolah dari bahaya internet. Namun di luar itu, langkah terpenting ada di pundak guru dan orang tua yang diharapkan mampu menjadi panutan bagi murid dan anak-anaknya dengan mengajarkan anak untuk memakai internet secara bertanggung jawab. Diskusi di kelas dan peragaan adalah sesuatu yang sangat bermanfaat bagi pelajar. Dengan hal tersebut, melek akan bahaya internet dan berselancar di dunia maya secara sehat bukanlah hal yang susah lagi.
Awas, Filter Rokok Mengandung Unsur Darah Babi!
Mungkin Anda berpikir sudah mengetahui semua hal yang negative tentang rokok. Tapi tunggu dulu, fakta terbaru ini bisa jadi akan mengagetkan Anda. Studi terbaru tentang rokok yang dilakukan University of Sidney menemukan, bahwa rokok menunjukkan kandungan darah babi.
Profesor Simon Chapman dari University of Sydney mengatakan, penelitian di Belanda baru-baru mengidentifikasi 185 menggunakan unsur yang berbeda dari babi – termasuk penggunaan hemoglobin dalam filter rokok. “Komunitas Islam dan Yahudi tentu menganggap masalah ini sangat serius, termasuk kaum vegetarian,” kata Simon Chapman dari Universitas Sydney. Muslim dan Yahudi keduanya memiliki ajaran melarang konsumsi daging babi.
Menurut studi baru-baru ini, hemoglobin babi, protein darah, digunakan dalam rokok untuk membuat filter lebih efektif berfungsi sebagai perangkap bahan kimia berbahaya sebelum asap rokok masuk ke paru-paru seorang perokok. Chapman mengatakan bahwa tidak ada cara untuk mengetahui dengan pasti merek mana yang menggunakan hemoglobin babi.
Jika Anda seorang perokok, dan Anda seorang Muslim atau Yahudi, maka Anda ingin mengetahui rokok yang Anda hisap mengandung unsure hemoglobin babi atau tidak. Tapi sejauh ini tidak ada cara untuk mengetahuinya karena perusahaan rokok tidak transparan dan merahasiakan bahan-bahan yang digunakannya, terang Chapman.
Penemuan dari berbagai tempat, lebih dari 100 juta orang Arab Muslim dalam situasi yang sangat tergantung pada rokok. Meski fatwa tentang larangan rokok sudah diterbitkan, tidak banyak membantu menghentikan para perokok. Dan mungkin, fakta terakhir ini lebih membantu orang untuk berhenti merokok.
Filter rokok dibuat bertujuan untuk mengurangi jumlah asap yang dihirup. Pertama kali ditemukan oleh Boris Aivaz Hongaria pada tahun 1925. Rokok yang disaring pertama diproduksi pada tahun 1927. Pada tahun 1935, sebuah perusahaan Inggris mulai mengembangkan sebuah mesin yang memproduksi rokok filter. Pada tahun 1960-an, sebagian besar rokok telah berfilter. Filter rokok terbuat dari bahan halus yang disebut selulosa asetat, diekstrak dari kertas krep. Tapi ternyata itu belum semua, ada bahan-bahan tersembunyi yang masih tidak diketahui oleh publik.
Selasa, 7 Jun 2011
(Info) Khasiat Mandi
Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.
Mengeluarkan racun:Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.
Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.
Jangkitan kulit:
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.
Selesema dan sakit kepala :
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.
Insomnia :
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit.
Wallahualam
Khamis, 2 Jun 2011
Hati-hati beli Pendrive 32G
Kisah membeli pendrive....
Ingat nak beli pendrive, mana tahu dapat murah. Tiba-tiba terpaku dengan satu iklan; Kingston 32Gb hanya RM50 ~!! Biar betoi.~!!..Saya terus hubungi dealer yang menjual pendrive tu, dan dia kata dia tidak menipu, lagi pula tidak memadai dia nak menipu produk berharga RM50.. aik, biar betoi~!!
Terus saya buat sedikit research dekat internet berhubung Pendrive 32Gb ni. Pada permulaannya, saya dapati ramai juga yang menjual dengan harga yang murah. Paling mahal sedikitpun RM95 - 120 (Jadi RM50 lagi murah). Jadi, lingkungan harga masih murah..
Namun setelah pencarian dibuat dengan lebih mendalam, saya mendapat info-info tambahan yang mengatakan Pendrive 32Gb ini adalah buatan China dan telah lama popular di sekitar Mumbai, India pada tahun lepas. Target utama pencipta pendrive ini adalah untuk menyaingi syarikat perkomputeran dunia dengan mereka cipta barangan palsu ini ke pasaran dunia. Pembungkusan dan modus operandi sangat profesional dan nyata. Pendrive yang asal 1 atau 2 Gb telah dicompress agar dibaca 32Gb. "Non-existent sectors" dibuat dengan kaedah compress agar dibaca melebihi kapasiti sebenar pendrive.
Itu sebabnya, setiap kali anda memasukkan sesuatu yang lebih besar dari kapasiti sebenar,maka data yang tertulis ke sektor-sektor maya akan hilang. Namun begitu, "Fake Product" ini telah terjual dengan larisnya di pasaran dan apa yang lebih menyedihkan, pemasarannya telah pecah masuk ke pasaran Lowyat di KL dan PC Fair di seluruh Malaysia.
Anda kena berhati-hati~!!
Info menjelaskan juga bahawa pendrive ini jika dilihat dari luaran dan dalaman tertulis 32Gb. Hatta jika dimasukkan ke slot USB di laptop/pc dia akan memberitahu 32Gb. Juga di Properties tertera 32Gb~!!. Namun apabila anda ingin memindahkan file sebesar 1Gb, satu arahan keluar mengatakan pendrive sudah penuh. Malah "transfer Speed" juga adalah sangat perlahan jika dibandingkan dengan pendrive biasa. Kadang kala arahan komputer/laptop mengatakan berlaku kerosakan teruk di Pendrive dan memerlukan format biarpun anda baru sahaja pertama kali menggunakannya ~!!! .
Bila diteliti dengan mendalam, pendrive tersebut mengalami bad sector yang teruk, dan perlu diformat. Dan apa yang lebih menyedihkan, apabila diformat, ternyata pendrive itu hanyalah sebesar 512kb atau 1Gb atau 2Gb sahaja. Sedangkan harga sebenar pendrive 1Gb hanya RM20 sahaja di pasaran~!! Dan lebih teruk daripada itu, jika hendak diformat sekalipun ia tidak complete, dan akhirnya, DIBAKUL SAMPAHKAN SEBAGAI JALAN TERAKHIR~!!
Ini yang menyebabkan ramai pengguna tertipu. Ada juga kes berlaku file yang telah dipindahkan ke dalam pendrive itu "Missing" atau " Corrupted" bila dipasang di komputer orang lain. Dan kadangkala boleh di Copy tetapi tidak boleh di Paste langsung, seolah-olah menjadi read-only file.
Nasihat saya, berhati-hatilah apabila ingin membeli pendrive yang berkapasiti besar ini. Memang benar ada yang betul-betul original. Memang benar pendrive Kingston yang berkapasiti 256Gb (yang paling besar) wujud tetapi harganya mahal buat masa ini. Harga semasa pada 12/11/2010 menunjukkan harga RM166 untuk pendrive 32Gb Original. Masakan harga Pendrive 256Gb boleh berharga RM170 seperti yang ada di sesetengah website ~!!

Kebaikan Bela Ikan Puyu Dalam Rumah
Sebut saja ikan puyu tentu anda semua terbayangkan sejenis ikan yang sangat lasak terutamanya didalam air tawar seperti bendang atau sawah kerana habitatnya memang senang dijumpai di situ.Ikan ini mempunyai sisik yang keras serta mampu bergerak diatas atas jika ia mahu untuk bergerak ke tempat lain dengan memanjat tebing bendang.
Sebab itu ikan ini mampu hidup dan bertahan lama di atas darat selama beberapa jam tanpa air.Lagi satu sepsis ikan ini suka sangat bergerak secara berkumpulan dan mudah ditangkap dengan jarring ikan dan pukat.
Orang tua-tua dulu mempercayai ikan puyu ini ada kelebihan tersendiri yang mana ia mampu menghalang gangguan makluk halus dan juga mematikan sihir. Ada sebuah kisah yang berkaitan dengan kisah ikan puyu ini:
Seorang polis yg ditugaskan setiap waktu perbicaraan dalam mahkamah jenayah di Hulu Selangor berkata:
Ada kes dimana melibatkan siri kecurian berantai di Serendah Hulu Selangor. Kes ini sangat lama dah akhirnya tertangkap dan dibicara di mahkamah Hulu Selangor. Hakim bertanya kepada pencuri warga Indon tersebut' "Kenapa kamu masuk 3 rumah sekali gus pada satu malam dan kenapa kamu tak masuk rumah yg ditengah² yg lebih besar?" "Saya tidak boleh masuk pak kerna dalamnya ada ikan puyu (tuan rumah ada bela ikan puyu) dan ilmu saya tidak menjadi", jawab pemuda indon tadi. Seluruh mahkamah riuh dgn kenyataan indon ini.
Benar atau tidak dan mungkin juga adalah kebetulan saja kisah yang diceritakan tadi wallahhualam tetapi yang pasti hanya dengan izin Allah sahaja ikan itu mampu menjadi pendinding sihir.
Walaubagaimana pun jika Allah berkehendakkan seseorang itu jatuh sakit atau sihir tetap terkena kepadanya juga.
Jadikan lah ayat-ayat al-quran sebaik-baiknya sebagai pendinding diri anda daripada musibah ilmu hitam dan gangguan halus.bukan rambut halus…hehe
(Gambar) Makan Dengan Seluar Terkoyak
Kanak-kanak kalau dah lapar dan dapat makan, seluar terkoyak pun boleh tak perasan…
Kat negara mana agak-agaknya budak ni tinggal…
Kat negara mana agak-agaknya budak ni tinggal…
Siapa sangka ‘piring para bola’ daripada Astro pun manghadap ke arah kaabah…Tak percaya?cuba tengok di atas bumbung rumah2 yang ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro pasti akan dihalakan kearah kiblat untuk mendapatkan siaran yang baik dan jelas di televisyen..
Mengapa begitu?ini kerana , Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan
manusia dalam urusan dunia atau kehidupan.Mekah adalah pusat bumi ,ini pernah dikatakan sendiri oleh Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969.
Beliau pernah berkata "Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak
berpenghujung). Apabila saya menjejakkan kaki ke Marikh, radiasi itu
masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling
penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menghubungkan Kaabah di bumi
dengan Kaabah di alam akhirat.
"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di
tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan
itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda
dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon
magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.
"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk
membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila
anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu
badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia
ini," jelasnya
Secara tidak langsung sesiapa yang ke tinggal di Mekah dan melakukan tawaf di baitulallah sebayak 7 kali
lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada
peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.
Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan
bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke
Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas
tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau
ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau
ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.
Bagi mereka yang pernah menjejaki kaki ke Tanah Suci pasti merindui untuk mengerjakan umrah atau membuat haji kerana tahu kelebihan tinggal di
(Gambar) Buah Kelapa Menyerupai Kepala Panda
KUANTAN, - Seorang peniaga kedai runcit dekat sini terkejut dan tergaman apabila melihat sebiji buah "kelapa misteri" yang dipercayai mempunyai iras wajah seperti kepala binatang. Beliau yang tidak mahu namanya dikenali mengatakan kelapa itu dibeli oleh isterinya di sebuah kedai di bandar ini. "Saya terkejut sesudah isteri saya mengupas sabut kelapa tersebut, tiba-tiba beliau mendapati tempurungnya berupa wajah binatang. Saya arahkan isteri agak tidak membelah kelapa itu kerana melihat ia agak misteri. Tambahan pula ia mempunya muka, mata, hidung, mulut malahan dua kelopak telinga di kiri dan kanannya", kata beliau.
"Saya akan menyimpan kelapa ini dan sedia menjualnya jika ada yang menawarkan harga dan berminat untuk memilikinya. Buat masa ini kelapa itu masih dalam keadaan biasa dan kemungkinan saya terpaksa menebuknya untuk membuang air supaya ia tidak masam serta tahan lama", tambah beliau lagi.
Secret Recipe Ada DNA Babi..
Kek dan Roti pula, lepas ini apa lagi dapat tahu... Kadang-kadang aku memang semacam tak paham, rasanya dah hampir semua makanan kat Malaysia ini dah tak selamat dah! kata jer Malaysia ini negara islam? tapi persekitaran? kedai-kedai makan pun banyak yang was-was! Sikit-sikit buat makanan mesti nak masuk inzim babi ker? DNA babi ker! macam wajib letak pulak dah!
Kenapa Berlakunya Tsunami
Fenomena tersebut akan berlaku pada 19 Mac ini yang menyaksikan bulan berada pada kedudukan cuma 354,507 kilometer (km) dari Bumi berbanding jarak biasa 384,401 km.
Beberapa saintis memberi amaran kedudukan bulan itu boleh menjejaskan corak cuaca Bumi dan menyebabkan gempa bumi dan letusan gunung berapi.
Fenomena tersebut sebelum ini berlaku pada tahun 1955, 1974, 1992 dan 2005 dengan cuaca melampau dicatat pada tahun-tahun berkenaan.
Bencana ombak besar tsunami yang menyebabkan ratusan ribu orang terbunuh di Indonesia berlaku dua minggu sebelum fenomena bulan itu pada Januari 2005.
Antara penyebab fenomena itu adalah:
Banyak gunung berapi akan mengeluarkan lava(meletup).
Tarikan graviti akan tinggi!. So ombak akan menjadi kuat.
Tsunami besar akan berlaku. Seperti hari ini.
Lukisan Kartun Kumpulan R2
Lukisan nie memang cantikkan? nak tahu tak sapa yang lukis? semestinya bukan kisah 69 hehehe,pelukis nie peserta raja lawak jugak cuba la teka? sapa lagi kalau bukan syem rajalawak yang pandai lukis tu ingat lagi x? rajalawak 3 tu...syem nie memang mempunyai bakat dalam bidang melukis,masa dekat rajalawak idea syem memang buat persembahan memang hebat kan? bak kata orang ada style tersendiri untuk membuat lawak...sebenarnya kisah 69 nak tunjuk step by step syem nie lukis gambar kumpulan R2 nie...gambar kat bawah nie kisah 69 ambik dari facebook syem sendiri...
Siap dah! Cantikkan lukisan ni....tunggu2 lepas nie lukisan kartun kumpulan balas pulak!!!Ikan Arowana melahirkan anak

IKAN Arowana atau Scleropages formousus ialah sejenis ikan hiasan yang sangat popular dan agak tinggi harganya. Aku nak kongsikan di sini bagaimana proses ikan arowana melahirkan anak. Telur dari induk betina akan keluar dan akan disenyawakan oleh induk jantan. Telur akan dieram oleh ikan jantan selama dua bulan sehingga anak yang dihasilkan boleh berenang bebas dan bersaiz kira-kira 6-7 sentimeter. Jadi gambar yang ditunjukkan di atas adalah ikan jantan ya...=)
Ikan Duyung Ditemui
Entah betul ataupun tidak..spesimen ikan duyung ini dikatakan ditemui di dasar lautan Asia.Mungkin Maya Karin dapat mengesahkan sama ada ini kawan dia atau tak..hehehe... ")
Cara Hilangkan Parut!
Hilangkan parut dengan biji asam jawa
i. Anda perlukan beberapa biji asam jawa.
ii. Kemudian, gorengkannya tanpa minyak lebih kurang dalam 5 minit.
iii. Seterusnya, anda goreskan biji asam jawa yang telah digoreng tu kat permukaan kasar. Contohnyer macam batu ker.
iv. Nanti ia akan mengeluarkan serbuk. Bila dah keluar serbuknya, anda titiskan sedikit air dan gosokkannya ke kawasan parut pada bahagian badan anda.
v. Macam biasa, amalkan selalu sampai anda dapat hasilnya.
Cara Untuk Menonton Siaran Mustika Dengan Percuma

Aku pasti ramai peminat Maharaja Lawak di luar sana kecewa apabila Maharaja Lawak minggu ke-3 hanya akan ditayangkan di ASTRO Mustika sahaja terutama pelanggan ASTRO yang tidak melanggan pakej Mustika.Tak apa. Jangan risau. Kami ada menerima emel yang memberitahu teknik untuk melanggan pakej Mustika secara percuma. Ya. Percuma.
Mari kita ikuti tips daripada emel tersebut :-
HANYA IKUT ARAHAN YANG DIBERIKAN SEPERTIMANA DIBAWAH DENGAN TENANG DAN SABAR..KERANA IANYA MENGAMBIL SEDIKIT MASA..AL-MAKLUMLAH...BENDA FREE...JIKA KENA LAH SABAR...MARI KITA MULAKAN...STEP BY STEP..OKEY..
Cara ni aku dapat dari cousin aku yg kije di Astro. Aku xmo cakap department mana takut die terkantoi.
Tu ari aku pergi rumah die time siaran MAHARAJA LAWAK. Die tgk kat channel ASTRO WARNA.
Ntah mcmane die pecah lobang bgtau aku mcmane nak access saluran dalam pakej MUSTIKA nie tanpa perlu melanggan.
Aku mula tak caya gak. Tapi balik uma aku test sendiri MEMANG BETUL JADIK!
Korang cuba try test. Cara nie boleh UNLOCK channel pakej MUSTIKA sahaja.
HBO ke, NG ke, Sport ke, sume xboleh sebab channel ni di kawal selia di luar negara.
1. Biarkan dekoder Astro anda dalam keadaan 'STAND-BY'.
2. Tekan butang ON/OFF. Astro akan menyiarkan channel terakhir yg anda buka.
3. Tekan butang 130. Anda akan melihat pratonton utk pakej Musika.
4. Tekan MENU. Pilih LIST SERVICE. Kemudian tekan OK.
5. Pilih saluran yg anda ingin UNLOCK. (WARNA, CITRA, B4U shj)
6. Tekan OK untuk pengesahan.
7. Tekan MENU untuk keluar ke siaran TV. TV akan kembali ke saluran 130.
8. Tekan MENU sekali lagi. Pilih OPTION. Tekan butang OK
9. Pilih CHANNEL INFO. Tekan OK
Facebook Atau Usopbook ?
Facebook Atau Usopbook? anda plih yang mana...?mana lagi hebat? sejak gambar hantu kak limah balik rumah nama usop wilca semakin popular,sehingga Mark Zuckerberg pon nak tukaq nama facebook ke usopbook hehehe.
Ajaibnya Kucing Nie
Ajaib-ajaib,gambar kat bawah nie menunjukkan seekor kucing yang sanggat comel dan mempunyai kaler mata yang berlainan,mata sebelah kiri kaler brown dan sebelah kanan kaler biru.Orang dan binatang jugak terdapat perkara ajaib nie,ia di gelar Heterochromia.
Jom saksikan gambar luar biasa ini!

Jom saksikan gambar luar biasa ini!

Langgan:
Ulasan (Atom)