Selasa, 5 April 2011

Rahsia Bahaya Merokok

 
Send a private message to gotoandpaste
Rahsia - Bahaya Rokok


Baru-baru ini, saya ada terbaca satu artikel yang menceritakan tentang betapa bahaya nya rokok kepada kesihatan manusia.

Mungkin pada seorang perokok, mereka menganggap isu ‘bahaya rokok‘ ini sebagai isu yang dah ‘lapok’. Malah ramai diantara mereka yang menganggap isu ‘bahaya rokok’ ini sebagai isu yang tidak penting dan tidak patut diperbesar-besarkan.

Malah ada kawan-kawan saya yang ‘kaki rokok’ pernah berkata kepada saya ;
“alah…ko yang tak merokok pun, tiada jaminan untuk hidup lama…entah2, ko dulu mati daripada aku”
Begitulah antara kata-kata beliau kepada saya apabila saya mengingatkan kepada beliau tentang bahana dan bahaya nya rokok.

Tak apalah, kalau tak mau terima cakap-cakap saya pun, tak apalah. Yang penting saya dah ingatkan dan nasihat. Jangan sampai nanti apabila dah ‘terkena’ bahana rokok ni, baru nak menyesal. Maka…jawapnya…SUDAH TERLAMBAT!!!

Justeru, dalam post kali ini, izinkan saya untuk berkongsi dengan anda tentang info berkenaan tentang betapa bahayanya rokok.

Berikut ini adalah antara point2/isi2 penting tentang rokok yang dapat saya catatkan setelah membaca artikel tentangnya tempohari ;

   * Rokok mengandungi lebih kurang 4000 jenis bahan kimia

   * Dalam 4000 itu, sekurang-kurangnya 200 jenis adalah dikesan berbahaya kepada kesihatan.

   * Racun utama yang ada dalam rokok adalah TAR, NIKOTIN dan KARBON MONOKSIDA.

  1. Tar adalah substansi hidrokarbon yang bersifat melekit yang menempel dan melekat pada paru-paru.
  2. Nikotin adalah sejenis dadah yang mempengaruhi sistem saraf dan peredaran darah. Bahan ini bersifat karsinogen, yang boleh menyebabkan cancer paru-paru yang amat berbahaya.
  3. Karbon monoksida adalah bahan yang mengikat hemoglobin dalam darah, menyebabkan  darah tidak dapat bercantum dan membawa oksigen.

   * Kesan-kesan yang disebabkan oleh bahan berbahaya dalam rokok boleh menyebabkan si perokok terdedah kepada risiko mengalami (dibanding yang tidak menghisap rokok) :

  1. 14 x kebarangkalian lebih tinggi untuk menghidapi cancer paru-paru, mulut dan tenggorok
  2. 4 x kebarangkalian lebih tinggi untuk menghidapi cancer esophagus
  3. 2 x kebarangkalian lebih tinggi untuk menghidapi cancer saluran pernafasan
  4. 2 x kebarangkalian lebih tinggi untuk menghadapi serangan penyakit jantung.

   * Rokok juga meningkatkan risiko kecacatan bagi penghidap pneumonia dan menyebabkan gagal fungsi jantung, serta tekanan darah tinggi.

   * Menghisap rokok dengan kadar nikotin rendah tidak akan membantu anda mengurangi risiko berbahaya, kerana si perokok pasti akan menghidapi penyakit ketagih kepada bahan2 seperti nikotin dan tar, menyebabkan si perokok cenderung untuk menyedut asap roko secara lebih keras, lebih mendalam dan lebih lama.

   * Bahan-bahan yang dikenalpasti sebagai sangat berpotensi untuk menyebabkan si perokok menghidapi cancer adalah seperti ;

  1. vinyl chloride
  2. benzo (a) pyrenes
  3. nitroso-nor-nicotine

   * Berkenaan dengan cancer paru-paru, kematian biasanya terjadi kerana kesulitan bernafas yang diakibatkan oleh ketumbuhan cancer yang semakin membesar. Yang berbahayanya ialah, oleh kerana posisi paru-paru dalam sistem peredaran darah menjadikan cancer jenis ini begitu mudah tersebar ke seluruh tubuh. Penyebaran metastase ke arah otak dan bahagian penting lainnya lah yang mengakibatkan kematian. 90% penderita cancer paru-paru biasanya akan meninggal dunia dalam masa 3 tahun setelah diagnosis.

   * Lain-lain fakta menarik ialah :

  1. Dalam deklarasi oleh WHO pada 10/October/1983 menyatakan bahawa, seandainya 2/3 daripada perbelanjaan dunia untuk membeli rokok digunakan untuk kepentinga kesihatan, nescaya ianya mampu untuk memenuhi perbelanjaan kesihatan asasi manusia di seluruh dunia.
  2. WHO juga menyatakan bahawa di Amerika sahaja, sekitar 346 ribu orang meninggal setiap tahun kerana disebabkan tabiat rokok.
  3. 90% dari 660 orang yang terkena penyakit cancer di salah sebuah rumah sakit Shanghai Cina adalah berpunca disebabkan tabiat rokok.
  4. Peratus kematian disebabkan rokok adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan peratusan kematian disebabkan peperangan dan kecelakaan jalanraya.
  5. Menghisap rokok 20 batang sehari menyebabkan berkurangnya kandungan hemaglobin (diperlukan untuk pembentukan sel darah merah)
  6. Peratus kematian orang yang berusia 46 tahun atau lebih adalah 25% lebih bagi perokok.

Sekian, begitulah beberapa point penting yang sempat saya catatkan hasil pembacaan artikel tentang bahayanya rokok. Semoga kita semua dapat ambil perhatian dan peringatan.

Kepada semua perokok, saya nasihatkan agar anda semua BERHENTI lah MEROKOK kerana ianya MEMBAHAYAKAN KESIHATAN. Berhentilah SEBELUM TERLAMBAT!!

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan