Khamis, 11 Ogos 2011

Dh nk rya!!!

yey......dh nk rya,nnti klo rya
1.aq nk bngkit kol 6 pagi
2.aq nk pkai bju raya bru
3.smbng2 ngan fmily(tu pon klo dpa dh bngkit)
4smbhyg rya!!
5.mntk maaf
6.mntk duit rya!!!!!!
7.pusing kmpong......

Isnin, 8 Ogos 2011

Cara untuk menukar Chatbox Facebook anda kepada Chatbox yang lama. (google chrome version)


Hampa tak suka IM facebook yang baru?Kini ada cara untuk kembalikan IM facebook yang lama!Sangat mudah! Aku dah cuba nie.


1.Hampa mestilah ada Google Chrome.Kalau takda hampa boleh download kat sini : DOWNLOAD GOOGLE CHROME


2.Bukak Google Chrome.


3.Install Facebook Sidebar Chat Reversion(dekat atas belah kanan ada tulis install) <---KLIK (open link in new tab)


4.Log In Facebook dan Log Out dan Log In semula.


5.Hampa tngok kn dh jadi lama balik



Sabtu, 25 Jun 2011

Ada apa dengan alam



Bila kita duduk melepak sorang diri, mesti kita selalu tengok langit.. tengok pokok-pokok. Terdetik dalam hati masa tu akan rasa kagum dengan ciptaan Allah SWT yang serba sempurna dan indah. Sesungguhnya ciptaan Allah SWT itu sangat sempurna dan manusia adalah sebaik-baik kejadian. Kita sebenarnya dapat belajar banyak daripada alam sekeliling kita dengan merenung serta memikirkan kejadian kat muka bumi ni. Segalanya Allah ciptakan ada tujuan dan tak sia-sia. Alam ni boleh kita katakan sebagai sebaik-baik guru buat manusia. Alam ni dapat memberi kita iktibar dan kita kenalah selalu memikirkan tentang kejadiannya. Buka pintu hati serta selalu berfikir mengenainya dan secara tak langsung hati kita akan semakin dekat dengan Allah SWT. InsyaAllah.. akal akan ligat berfikir mengenai alam dan hati akan giat berzikir mengingati kebesaran Allah SWT. Apa yang penting adalah bukan soal apa yang kita lihat, tetapi bagaimana kita melihatnya. Apa yang perlu adalah bagaimana kita menterjemahkan alam ini dan bukan sekadar melihat kosong tanpa mengambil iktibar daripadanya...

Lihat laku sang semut...




Semut.. sejenis makhluk dalam kategori serangga yang cukup dekat dengan kehidupan manusia. Tiap-tiap hari mesti kita jumpa semut tengah merayap. Ada yang merayap sekor-sekor dia je.. ada yang merayap beramai-ramai. Semut-semut ni beratur dalam barisan mencari sumber makanan. Bila dah jumpa makanan dibawanya balik makanan tu ke sarang untuk dikongsi-kongsikan. Tersangat lah gigih semut-semut ni mencari makanan demi survival koloni mereka. Sebenarnya banyak yang kita boleh belajar daripada tingkah laku semut. Kadang-kadang kita terlepas pandang pengajaran positif yang kita boleh ambil daripada semut. Mungkin bukan sebab kita ni jarang memerhatikan tapi agaknya kerana sering diganggu dek perasaan geram bila melihat semut-semut ni menghurung makanan kita di dapur, apa yang tersirat tu tak dapat kita lihat.
Secara mudahnya.. kita dapat lihat semut ni rajin.. kuat.. dan mereka ni suka tolong-menolong sesama sendiri. Semua sifat ni positif dan kita boleh amalkan dalam kehidupan kita. Tapi ada satu lagi ciri pada semut yang ada digambarkan dalam kisah nabi dahulu yang semoleknya kita terapkan dalam kehidupan kita. Teringat satu kisah tentang Nabi Sulaiman A.S yang pernah berbicara dengan seekor semut. Lebih kurang camnilah ceritanya...
Nabi Sulaiman A.S tanya pada seekor semut berapa banyakkah makanan yang si semut tu perlukan untuk hidup dalam setahun. Semut tu kata cukuplah hanya sebiji gandum. Nabi Sulaiman pun letak semut tu dalam botol sekali ngan sebiji gandum. Nabi Sulaiman tutup botol tu selama setahun dan biar je semut tu kat dalam.
Cukup je setahun, Nabi Sulaiman pun buka botol tu dan terkejut bila hanya separuh daripada sebiji gandum tu yang habis dimakan oleh si semut. Nabi Sulaiman pun tanya lah kenapa sebab dulu si semut tu bagitau yang dia perlukan sebiji gandum sebagai bekalan hidup setahun.
Sang semut pun kata.. kalau di luar botol, rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah SWT. Dia yakin bahawa Allah akan mencukupkan rezekinya dan dia tak perlu risau apa-apa. Tapi bila dikurung oleh manusia, dia kena berhati-hati dan berjimat cermat dengan rezeki yang ada sebab dia tak yakin dengan jaminan manusia. Mana lah tahu kalau-kalau manusia yang mengurungnya terlupa sehingga lebih tempoh setahun dan sebiji gandum tu dah kehabisan. Terkejut Nabi Sulaiman lantas beristigfar kepada Allah.
Iktibar yang kita boleh ambil daripada kisah ni adalah tentang sifat tawakal dan ikhtiar si semut tu. Inilah sifat yang perlu ada dalam diri kita sebagai manusia. Dalam soal rezeki umpamanya, jangan sekali-kali kita bergantung sesama makhluk tetapi bergantunglah pada Allah SWT. Perbanyakkan tawakal kepada Allah dan seboleh-bolehnya ikhtiar menurut kemampuan serta keupayaan sendiri.
Sekarang ni pun kita sedang dilanda krisis ekonomi.. harga barang naik.. harga minyak naik dan sebagainya. Dalam tv.. dalam suratkhabar.. rakyat digalakkan berjimat cermat waktu ekonomi meleset. Padahal sepatutnya kita kena berjimat cermat tak kira situasi bukan hanya waktu kemelesetan ekonomi atau ketika harga minyak naik sahaja. Seboleh-bolehnya jangan membazir tak kira lah waktu tu ekonomi stabil atau tak. Yakin lah Allah itu maha pemberi rezeki dan ujian-ujian hidup ketika kemelesetan ekonomi ni semua setidak-tidaknya meningkatkan kebijaksanaan kita dalam menyelesaikan masalah.
Lihat lah laku sang semut dan belajarlah sifat tawakal dan ikhtiar daripada makhluk Allah yang kecil ini...

Belajar daripada kesilapan dan berubahlah



'Sebolehnya janganlah kita jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali. Mungkin kali pertama jatuh itu disebabkan kejahilan kita.. maka belajarlah daripada kesilapan itu. Namun, jika kita masih jatuh di lubang yang sama.. itu tandanya kita masih degil dan tak mahu berubah'

Ya.. tak dinafikan kita sering kali diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan dalam hidup kita. Jatuh bangun adalah lumrah dalam kehidupan. Kegagalan itu hakikatnya adalah satu bentuk ujian dan pada masa yang sama kegagalan itu juga adalah didikan buat kita. Dalam apa jua situasi dan masa, kita sebenarnya sedang belajar dan dididik. Maka belajarlah daripada kegagalan kita dan cuba untuk berubah. Hidup ini sememangnya menuntut perubahan. Sentiasalah kita ingat bahawa belajar daripada kegagalan dan kesilapan itu adalah bertujuan untuk mengubah diri kita menjadi yang lebih baik.

Kita akan kalah kalau kita tak berubah dan biarlah perubahan itu mengikut haluan dan kawalan kita sendiri. Hidup umpama berlayar di lautan. Kita mungkin tak mampu mengubah arah tiupan angin tapi kita mampu mengubah layar kapal kita. Kita tak mampu melawan takdir tapi kita mampu mentadbir dengan keizinan-Nya.

Malangnya ramai yang tak mahu berubah menjadi yang lebih baik. Kita masih lagi leka dan degil. Kita tidak cuba berubah kerana takut dengan kegagalan dan khuatir dengan ujian hidup. Kita masih ingin terus berada di zon selesa. Lumrah kehidupan pasti ada dugaan dan cabaran. Dengan dugaan dan cabaran inilah kita dituntut untuk berubah. Bagaimana nak berubah dan berjaya dalam hidup kalau kita tak belajar daripada kegagalan? Ujian hidup lah yang akan mematangkan dan mengubah diri menjadi yang lebih baik.

Apa yang menghalang kita untuk berubah? Kita seringkali inginkan orang lain, keadaan, atau perkara di sekeliling kita terlebih dahulu berubah dan bukan kita sendiri. Semuanya mengharapkan apa yang di luar kawalan kita berubah dahulu. Hakikatnya, kita yang harus berubah dahulu, barulah yang persekitaran atau orang lain di sekeliling kita ikut berubah. Mereka berubah disebabkan kita yang berubah dahulu.

'Aku boleh menjadi anak yang baik kalau ibubapaku mendidik aku dengan baik... aku boleh jadi murid yang baik kalau aku mempunyai guru yang bagus dan mengajarku dengan baik'... Ini lah silap kita. Mahukan yang baik-baik di sekeliling kita tapi kita tak mahu berusaha berubah ke arah itu. Ibubapa atau guru akan melayan dan mendidik kita dengan baik jikalau kita terlebih dahulu berusaha menjadi anak atau murid yang baik. Contoh yang mudah untuk kita renung-renungkan.

Selalu kita beringat, setiap dugaan itu bahkan segala kenikmatan dan kesenangan yang kita perolehi adalah satu bentuk didikan yang menuntut kita untuk berubah. Untuk itu, sentiasalah bersiap dan bersedia untuk berubah menjadi yang lebih baik pada setiap masa. Didiklah jiwa kita secara berterusan dan InsyaAllah kebaikan pasti akan datang secara berterusan.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan semoga hari esok akan lebih baik dari hari ini... mudah-mudahan

Hidup ini umpama sebatang pensel




Kita diciptakan Allah SWT dengan tujuan untuk mentadbir bumi dan beribadah kepadanya serta berbakti kepada sesama manusia. Kita adalah sebaik-baik kejadian dan setiap daripada kita mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Tiada manusia yang dilahirkan ke dunia ini bodoh. Setiap daripada kita mempunyai kemahiran serta kepandaian yang tersendiri. Janganlah mudah putus asa dengan kelemahan diri. Jadikan lah segala kekurangan sebagai pemangkin untuk memperbaiki segala kelemahan. Dugaan dan cabaran sentiasa datang silih berganti. Hadapi segalanya dengan minda yang positif dan selalulah lihat sisi positif yang ada pada diri sendiri. InsyaAllah.. kita akan mampu berjaya dan memenuhi fitrah serta tujuan kita diciptakan.
Lihatlah pada sebatang pensel.. Ambillah iktibar daripadanya. Pensel diciptakan untuk menulis dan ia hanya akan menulis seandainya ia membiarkan dirinya dipegang oleh tangan seorang manusia. Baik atau buruk kandungan tulisan itu bergantung kepada si penulisnya. Begitulah juga dengan kehidupan kita, kita akan mampu berjaya dalam kehidupan ini seandainya kita dibimbing oleh orang-orang yang positif. Lebih bagus dan pasti lebih berjaya jika kita sentiasa berpegang teguh pada ajaran Islam dan mendapat petunjuk daripada Allah SWT. Namun, jika kita membiarkan diri kita hanyut tanpa bimbingan, bergaul dengan mereka yang salah serta mengikut telunjuk syaitan.. pasti kita akan rugi dan gagal.
Jikalau sebatang pensel itu perlu diasah berulang kali agar sentiasa tajam untuk terus menulis. Masakan pensel itu dapat menulis dengan sempurna jika ia sentiasa berkeadaan tumpul. Begitulah jua dengan kita. Dalam menjalani hidup ini, pasti banyak cabaran dan masalah yang perlu kita hadapi. Semuanya itu semata-mata untuk mendewasakan dan mematangkan kita demi menjadi seorang insan yang tabah, yang tak pernah kenal erti putus asa. Dugaan hidup perlu agar kita dapat membina kekuatan diri untuk berjaya dalam kehidupan.
Jika dilihat, kebiasaanya sebatang pensel itu terdapat padanya sebutir pemadam di pangkal yang membolehkannya memadam kesilapan ketika menulis. Begitu juga dengan kita, kita mampu memperbaiki segala kesilapan atau kesalahan yang kita lakukan. Andai tersilap langkah, dengan bimbingan, kita mampu memperbetulkannya. Dan cubalah untuk tidak mengulangi kesalahan itu. Kita bukanlah insan yang seratus peratus sempurna. Kita pasti akan melakukan kesilapan. Apa yang penting, kesilapan itu harus diperbaiki. Segala kesalahan akan mematangkan kita. Kegagalan adalah pengalaman yang berharga sebelum kita mencapai kejayaan. Kejayaan itu adalah kegagalan yang diputarbalikkan. Namun, jangan biarkan diri sentiasa dalam kegagalan. Sentiasalah berkeinginan untuk mengubah diri menjadi yang lebih baik. Usah jatuh ke lubang yang sama dua kali.
Bagi sebatang pensel, isi dalamnya lah yang membolehkan ianya berfungsi menulis. Tanpa rod karbon yang terdapat di dalamnya, pasti pensel tidak akan mampu menulis. Samalah seperti kita, faktor dalaman yakni hati dan rohani yang kukuh pasti dapat mendorong kita menjadi insan yang sentiasa bermotivasi serta selalu berusaha untuk berjaya. Minda positif yang tersemat dalam pemikiran beserta kekuatan jiwa yang ampuh pasti akan menggerakkan fizikal kita untuk beribadah dan bekerja bersungguh-sungguh. InsyaAllah, kita pasti akan berjaya.
Tidak kira pada apapun permukaan atau jenis kertasnya, pensel akan tetap meninggalkan kesan atau bekas tulisan dan pensel itu akan terus digunakan untuk menulis. Begitulah juga dengan kita, pada apa jua situasi, teruslah berbakti dan meninggalkan kesan serta manfaat yang positif untuk orang-orang di sekeliling kita. Janganlah sekali-kali meninggalkan kesan yang buruk dan mengundang benci orang pada kita. Jangan kita menyakiti hati mereka di sekeliling kita. Tunjukkan lah sikap yang positif agar orang menghargai kita.
Bersyukurlah dan hargailah kekuatan diri sendiri agar kita dapat terus berbakti. Itulah tujuan hidup ini. Berilmu untuk berjasa dan hidup untuk berbakti kepada sesama manusia. Jadikan iman, akhlak dan syariat sebagai tunjang kehidupan. Hargailah diri sendiri agar orang menghargai diri kita.. kita ini istimewa dan sentiasalah berusaha untuk memenuhi tujuan mengapa kita ini diciptakan.